Sabtu, 20 Disember 2014





Peranan ICT Dalam Penyebaran Dakwah Dalam Era Globalisasi 

PM DR. SYED MUHAMMAD DAWILAH AL IDRUS
UST MOHD LUTFI SALEHAN


Dalam era globalisasi, ICT adalah salah satu medium yang amat penting bagi seseorang pendakwah. Dakwah sering kali dikaitkan dalam masalah dari sudut penyampian secara berkesan. Oleh yang Demikian, ICT berperanan bagi penyampian dakwah yang berkesan. Ini kerana, tanpa teknologi yang terkini kita tidak mampu untuk menghasilkan produk atau generasi yang Al-Abrar dari sudut ilmu pengetahuan agama. Justeru,penggunnaan ICT sesuatu yang releven dan penting digunakan bagi mempertingkatkan keberkesanan penyebaran dakwah kepada khalayak yang lebih ramai. 

Seperti mana yang kita tahu, dakwah adalah amalan atau pekerjaan yang telah diwarisi sejak zaman Rasulullah S.A.W. Menurut artikal ini, sebahagian pendapat ulamak telah memberikan dua hukum bagi kegiatan dakwah ini, iaitu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Dalam erti kata lain, ianya merupakan sesuatu yang tidak dapat ditinggal dan dikecualikan. Menurut para ilmuan, ilmu itu perlu disampaikan walaupun sepatah ayat. Dalam konsep berdakwah kita mesti ada mad'u (orang yang menerima ilmu ) dan Da'i (orang yang menyampaikan dakwah).


Di zaman globalisasi, sebagai pendakwah haruslah menggunakan teknologi dengan sebaikmya sebagai wasilah atau cara untuk mengembangkan agama Islam, ini kerana manusia seringkali menggunakan teknologi sebagai aset penting untuk menjadikan rujukan kehidupan manusia. Oleh itu,kepentingan teknologi juga dapat membangunkan umat manusia yang berilmu dan berwawasan.


Dalam menggunakan teknologi sebagai sumber dakwah, kita haruslah berhati-hati dengan nikmat yang dianugerahkan. ini kerana penggunaan teknologi mempunyai kesan positif dan negatif bagi manusia. kebaikannya adalah manusia boleh mendapatkan ilmu dengan segera dan pantas dengan adanya teknologi sebagai contoh sumber ilmu boleh didapatkan melalui internet, risalah, jurnal, buku-buku ilmiah dan sebagainya. Manakala, kesan negatif pula boleh berlaku apabila teknologi dikuasai oleh barat atau pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh sebab itu, kita haruslah berhati-hati dengan setiap perkara yang kita dapat.


Bagi pendapat saya, penggunaan ICT dalam penyebaran dakwah amat penting kerana teknologi maklumat zaman sekarang amat diperlukan untuk menjadi wasilah atau cara untuk mendapatkan ilmu agama. Oleh sebab itu, kita juga perlu berhati-hati apabila menggunakan teknologi.


Boleh dirujuk di sini : 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan