Rahimi Bin Md. Saad
Zawawi Bin Ismail
Zawawi Bin Ismail
Universiti Malaya
Wan Nordin Bin Wan Abdullah
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Di zaman Era Globalisasi, manusia sering kali dikaitkan dengan bahasa arab sebagai bahasa penghantar kedua di Malaysia. Tetapi masih lagi kurang penguasaannya di kalangan masyarakat di negara kita. Oleh itu, pihak kerajaan berperanan menganjurkan sistem pendidikan yang melibatkan penguasaan bahasa arab di kalangan para pelajar sejak di bangku sekolah lagi. Ini kerana, bahasa arab arab bukan sahaja sebagai bahasa penghantar, malah ia juga sebagai asas pemahaman dan penghayatan Al-Quran.
Sejajar dengan pembangunan teknologi masa kini, banyak usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi mempertingkatkan mutu kualiti bahasa arab di kalangan manusia di Malaysia. Oleh yang demikian, pelajar sudah didedahkan pendidikan bahasa arab menerusi progam j-Qaf di sekolah- sekolah rendah yang bertujuan untuk mempelajari bahasa arab supaya menpunyai asas untuk memahami dan menghayati Al-Quran dengan baik.
Bagi memperkukuhkan sistem pembelajaran dan pengajaran bahasa arab di sekolah, kita sebagai tenaga pengajar hendaklah mempunyai inisiasif dengan mempelbagaikan teknik pembelajaran dan pengajaran bahasa arab supaya lebih berkesan kepada pelajar. Oleh itu, artikel ini telah menjelaskan bahawa kita boleh mempelbagaikan teknik atau cara pembelajaran dan pengajaran bahasa arab dengan berasaskan Web. Cara ini mempunyai pengkhususan yang berbeza kerana pengajaran dan pembelajaran ini dilaksanakan menggunakan kemudahan teknologi seperti komputer, kemudahan rankaian internet dan sebagainya.
Teknik pengajaran dan pembelajaran melalui web juga ini adalah salah satu wasilah bagi membantu kepada para pelajar mempelajari bahasa arab dengan mudah. Kita juga telah diperkenalkan dengan beberapa web yang dapat memban tu kita dalam mempelajari serta memahami bahasa Al-Quran. Antaranya ;
a. schoolarabia.net
b. kids.al-islam.com
c. afl.ajeeb.com
d. mabarrat.org
e. weaam1.netfirms
f. arabic4fun.com
g. rafed.net/child
h. iiu.edu.my/qls
i. alarabeyya.com
j. thopaiti.8m.net
k. voiceofarabic.com
l. angelfire.com
Oleh yang demikian, setiap kemudahan teknologi yang kita gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa arab pasti ada kebaikan dan keburukannya. ianya bergantung kepada pelajar dan pengajar itu sendiri. Kebaikan yang diperolehi dengan mempelajari bahasa arab melalui web adalah kita dapat mempelajarinya dengan mudah dan cepat. Ini dapat dibuktikan dengan adanya medium tertentu seperti gambar, muzik, teks, latihan bergambar, animasi dan sebagainya supaya cara ini dapat menarik perhatian para pelajar untuk memberi kesan yang baik dalam menghayati pembelajaran bahasa arab. Manakala, keburukkannya perlu kita atasi kerana ia berlaku apabila pelajar dibiarkan menggunakan aset komputer tanpa diawasi atau dipantau guru atau ibubapa. Ini kerana, bagi memastikan pelajar mendapat sesuatu ilmu dengan bimbingan yang terkawal.
Bagi pendapat saya, cara ini dapat membantu para pelajar dalam menguasai bahasa arab melalui web dengan berkesan. Ini sejurus dengan kemudahan teknologi yang diambil dalam proses pngajaran dan pembelajaran. Oleh itu, tenknik ni boleh diaplikasikan dalam pengajan dan pembelajaran di sekolah.
boleh rujuk disini ;
http://www.ipgkbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2005/rahimium.pdf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan